Tanggungjawab Sosial & Korporat
Tanggungjawab Sosial
“Simpan cinta dalam hati anda, Kehidupan tanpanya ibarat taman yang suram apabila bunga telah mati.” – Oscar Wilde.
Tanggungjawab social korporat HR Marketing adalah berasaskan nilai-nilai bersama dan komitmen syarikat untuk berpegang kepada nilai-nilai untuk kemampanan jangka masa panjang. Tujuan utama program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ialah membuat penilaian yang teliti dan bertanggungjawab untuk sebarang kesan terhadap aktiviti harian dalam organisasi yang berbeza dan juga masyarakat setempat
Kelestarian Alam Sekitar
Kelestarian alam sekitar bermaksud hubungan antara alam semula jadi tanpa menyebabkan kerosakan atau kesan negatif terhadapnya. Tujuan asas kelestarian alam sekitar adalah untuk menggunakan sumber semula jadi dimana ianya tidak akan menyebabkan sumber tersebut berkurangan. Kepentingan kelestarian alam sekitar dapat dilihat apabila kita meneruskan semua pilihan dan semua tindakan yang dilakukan hari iniakan memberi kesan pada masa hadapan. Kita seharusnya bijak dalam membuat keputusan yang tepat pada masa kini untuk mengelakkan pilihan yang terhad pada generasi akan datang.
Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Kumpulan HR telah mengamalkan tanggungjawab sosial korporat yang membimbing tindakan kita disamping menggalakkan standard tanggunjawab yang tinggi.Ini adalah di antara proses kami, apa yang kita beli dan juga dalam pelaburan terlibat.
Kesungguhan Kami
Tanggungjawab ini adalah penting dalam operasi budaya HR Marketing dan juga merupakan nilai prinsip syarikat. Ianya menunjukkan komitment kami untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan berterusan mengekekalkan kelestarian alam sekitar. Ini adalah janji syarikat kepada pelanggan, pekerja, pemegang saham dan yang paling penting adalah untuk masyarakat di mana kita hidup, bekerja dan juga penjualan produk.
Kami berusaha untuk mengedarkan produk susu kambing yang terbaik yang memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat naik dan juga terhadap harapan rakan niaga, dan mengekalkan pekerja yang terbaik serta menawarkan. Kami kekal komited untuk meningkatkan kesan terhadap alam sekitar sekitar dan sosial, bukan sahaja untuk amalan perniagaan kami, tetapi juga untuk pembekal dan rakan niaga kami.