Mengenai Syarikat
HR Marketing
HR Marketing ialah anak syarikat Kumpulan HR yang ditubuhkan pada 1998. Secara asasnya, syarikat ini merupakan syarikat pemasaran Multi-Level yang terletak di Malaysia dan mempunyai reputasi yang bagus dalam penghasilan produk berkualiti tinggi yang berasaskan susu kambing merangkumi produk kesihatan diri seperti ubat-ubatan dan kosmetik. Rangkaian produk Kumpulan HR termasuklah minuman, makanan, diet tambahan, produk isi rumah, penjagaan kesihatan peribadi dan juga pelbagai jenis produk lain.
Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kesihatan diri yang berkualiti menggunakan susu kambing asli. Untuk pertama kalinya di Malaysia, pelbagai formula telah dicipta dan diformulasikan dengan bantuan oleh Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan telah disahkan HALAL oleh Jabatan Pembangunan Islam Asia.
Misi
Misi utama syarikat adalah untuk mencipta kesedaran di dalam komuniti tempatan mengenai penjagaan kesihatan dari aspek yang berbeza dan menggalakkan mereka menggunakan produk semula jadi dan berkualiti yang dihasilkan di Malaysia. Kami mahu mencapai matlamat ini dengan mengajak orang ramai untuk membantu diri mereka serta orang lain dengan menjadi ahli perniagaan.
Visi
Visi syarikat adalah untuk menjadi peneraju utama dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan peribadi dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang ada atau penjagaan kesihatan dan kosmetik dirumus dengan menggunakan susu kambing asli. Bukan sahaja mensasarkan keuntungan, tetapi kami juga ingin mencipta kesedaran dan kefahaman dalam masyarakat.Selain itu, misi syarikat juga ialah untuk menjadi sebuah syarikat yang memberi kesedaran terhadap kebaikan produk semulajadi serta keselamatannya supaya kita dapat persekitaran yang lebih sihat dan terpelihara.
Objektif Syarikat
Objektif syarikat HR Marketing adalah untuk menjadi sebuah agensi pemasaran secara Berjaya dan meluas dalam penghasilan dan memasarkan pelbagai jenis produk. Inovasi yang berkualiti menjadi faktor utama disebalik operasi syarikat dan telah membantu syarikat dalam penghasilan produk terbaik untuk pelanggan kami.