Support Hotline:+604 771 1448

Kepada Para Pelanggan yang Dihargai,

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 

Ketika pengumuman Bajet 2014, Kerajaan telah mengesahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang digunakan ketika ini. Mengikut Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014), cukai ini akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.

Seperti yang anda ketahui, GST merupakan cukai pengunaan yang akan ditanggung oleh pengguna. GST hanya boleh dikenakan oleh perniagaan yang telah mendaftar untuk GST di Malaysia. HR Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat yang didaftarkan di bawah GST, justeru kami perlu melakaksanakan cukai baru ini bermula 1 April 2015.

Ini juga bermakna HR Marketing Sdn Bhd akan melaksanakan GST terhadap semua bekalan barangan dan/atau perkhidmatan yang mana perlu, selain daripada yuran dan caj-caj lain yang kami kenakan. Kami akan mengeluarkan invois cukai di mana GST akan dikenakan, selaras dengan peruntukan Akta GST 2014. Umumnya, sebahagian besar daripada perkhidmatan kami yang berasaskan produk adalah tertakluk kepada GST pada kadar 6%.

Maklumat lanjut mengenai GST boleh juga didapati di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di www.gst.customs.gov.my.

Jika anda memerlukan penjelasan sila hubungi kami menerusi email di hrm@hrgroup2u.com atau hubungi talian Talian Khidmat Pelanggan kami di 604 730 2016 atau 604 730 1996 (faks).

HR MARKETING SDN BHD GST ID No : 000671670272

Pekeliling GST (1) | Pekeliling GST (2) | Members Price (GST Inclusive) | Non-Members Price (GST Inclusive) | Pakej Keahlian & Maintain HR Marketing